Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Tentang Briged Bakti Malaysia

PENGENALAN

Kebaktian (al-Birr) adalah satu amalan mulia lagi terpuji dan orang yang menjadi pengamalnya (al-abrar) mempunyai kedudukan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Atas dasar inilah tercetusnya gagasan kepada Briged Bakti Malaysia (BBM) untuk menterjemahkan maksud “al-Birr” itu dalam bentuk amalan dan tindakan secara berorganisasi.

Justeru itu, BBM beriltizam untuk melahirkan sukarelawan yang professional lagi komited bagi mengisi tuntutan fardu kifayah dalam menjayakan agenda pembangunan sosial negara melalui gerak kerja kebajikan dan kesukarelawanan. Adalah harapan kami juga, penglibatan  masyarakat khususnya remaja dalam aktiviti-aktiviti yang sihat ini boleh mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala-gejala negatif yang sedang melanda negara dengan begitu ketara.

BBM bermula sebagai Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) pada tahun 1991 dengan  aktiviti awalnya di peringkat sekolah menengah melalui penubuhan Briged Bakti Remaja (BBR)  satu badan berunifom sekolah. YB Dato’ Hj Muhyiddin Bin Yassin Menteri Belia Dan Sukan telah merasmikan Perkhemahan Perdana BBNK pada 30 Julai 1997 di Kem Kijang , Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Ekoran kejayaan BBNK,  Briged Bakti Malaysia (BBM) ditubuhkan pada 8 April 2009 untuk mengembangkan sayapnya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak. BBM telah mendapat kebenaran dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat rujukan KPM.BKK.(KOKU)100-16/10/01(47) untuk menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah. BBM sedang memperkasakan semua jentera BBM untuk menyahut cabaran yang lebih besar ini.

FALSAFAH

” Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain ”

VISI

Masyarakat Berbakti

MISI

  • Mendidik masyarakat supaya dapat membudayakan semangat tolong-menolong.
  • Membina sukarelawan dan menyediakan platform untuk berbakti.
  • Mengadakan jaringan dan kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk mencapai matlamat.

MOTTO

” Sedia Berbakti ”

7 BUDAYA BBM

  • Keilmuan
  • Kesukarelaan
  • Kepengorbanan
  • Kebajikan
  • Kesejahteraan
  • Keikhlasan
  • Keintegritian

Lagu Rasmi

Rakan Kerjasama