Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Program Khidmat Masyarakat Dan Berkhatan Kepada Anak-anak Yatim Dan Miskin Di Thailand

Bridget Bakti Malaysia 1 tahun yang lalu

Pada 22 Mac sehingga 24 Mac 2017 Briged Bakti Malaysia akan mengadakan Progam khidmat berkhatan kepada anak-anak yatim dan miskin di Madrasah Santiwit, Chenak, Songkhla, Thailand yang dikelolakan oleh Encik Juraij Othman dari Briged Bakti Selangor.

Program ini akan dianjurkan bersama oleh Pengurusan Madrasah Santiwit, Briged Bakti Malaysia Selangor Pertubuhan Mosque Care Malaysia, DARUSSYIFA’ Malaysia dan Physician Across Continent (sebuah NGO perubatan dari Saudi Arabia).

LATAR BELAKANG PROGRAM

Progam khidmat berkhatan kepada anak-anak yatim dan miskin di Madrasah Santiwit, Chenak, Songkhla, Thailand ini suatu program khidmat kemasyarakatan beberapa NGO Malaysia dan juga antarabangsa bagi membantu masyarakat miskin dan yatim di selatan Thailand khusus dalam menyelesaikan masalah berkhatan yang mana tidak mampu ditanggung oleh keluarga yang miskin dan anak yatim.

Program ini adalah siri yang kedua selepas perlaksanaan siri yang pertama kira-kira 3 tahun lepas yang dilakukan oleh komuniti Doktor dari Hulu Terenganu dan NGO Terengganu.

Madrasah Santiwit ini adalah sebuah sekolah separa berasrama yang menempatkan 530 pelajar yang terdiridari 200 anak yatim dari beberapa daerah selatan Thailand. Sekolah ini adalah sekolah rakyat yang diurustadbir oleh masyarakat setempat.

KANDUNGAN PROGRAM

1. Khidmat Bersunat oleh Doktor dari Malaysia dan Arab Saudi
2. Khidmat Kemasyarakatan oleh Briged Bakti dan Mosque Care
3. Program Motivasi Belajar kepada pelajar setempat oleh Briged Bakti
4. Bantuan Kepada Keluarga Miskin setempat oleh NGO lainnya.

JADUAL ACARA PROGRAM

SHARE ()

Rakan Kerjasama