Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Perkhemahan Briged Bakti Malaysia Negeri Perlis 2017

Juraij Othman 9 bulan yang lalu

Arau 6 Ogos 2017,  SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah telah meyertai perkhemahan anjuran unit beruniform Briged Bakti Malaysia negeri Perlis di Kem Jabatan Perhutanan Guar Cenderai, Padang Besar Perlis.

Program ini dikendalikan oleh Unit Kejurulatihan Briged Bakti Malaysia yang diketuai oleh Tuan Habibullah Bin Bakhtiar dari Briged Bakti Malaysia Negeri Selangor.

Sebanyak 80 ahli Briged Bakti Malaysia Remaja (BBMR) SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 2 orang guru penasihat dan 3 sukarelawan.

Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta.


SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ketika majlis penutupan program tersebut.

Setiap kumpulan diselia oleh 5 orang jurulatih Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah pengenalan briged bakti Malaysia,kawad , tali menali, asas perkhemahan, pertolongan cemas, titian canopi, serta asas kompas.

Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat umpama aur dengan tebing. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.

“Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti,” kata Mudir.

Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Gambar Aktiviti

SHARE ()

Rakan Kerjasama