Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Pelajar Terima Latihan Kemahiran Asas

Bridget Bakti Malaysia 2 tahun yang lalu

Kota Bharu, 8 April 2016 – Seramai 115 pelajar daripada 11 buah sekolah menengah di sekitar Kota Bharu telah mendapat manfaat dalam Latihan Kemahiran Asas, Briged Bakti Malaysia Remaja (BBMR) yang disebut sebagai Kursus Anggota Lain-lain Pangkat.

Program pada 7-8 April 2016 ini diadakan di Akademi Sukarelawan Briged Bakti Malaysia (ASBAB), Cawangan Negeri Kelantan, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

Tuan Kamarulzaman b. Mohd Kutty, Timbalan Pengerusi 2, BBM Cawangan Kelantan dalam ucapannya sangat berharap agar semangat sukarelawan di kalangan remaja dapat disemai sejak awal lagi. Beliau mengingatkan berkaitan konsep melakukan kebajikan ini sewajarnya dilaksanakan tidak mengira masa dan tempat.

Seterusnya mewakili BBM Cawangan Kelantan (BBMCK), beliau meletakkan harapan yang tinggi agar BBMR menjadi persatuan contoh di sekolah-sekolah dalam menerajui hal-hal kebaikan di mana ahli-ahlinya mempunyai sakhsiah atau akhlak mulia.

SHARE ()

Rakan Kerjasama