Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Kursus Kejurulatihan Lanjutan BBM Berjaya Tunas Jurulatih Muda

Bridget Bakti Malaysia 2 tahun yang lalu

Gombak, 8 Februari 2017 – Kursus Kejurulatihan Briged Bakti Malaysia (BBM) Tahap 2 & 3 (Lanjutan), Siri Pertama Tahun 2017 telah selamat disempurnakan di Kem BBM Gombak.

Penghargaan kepada semua yang terlibat daripada jurulatih, petugas memasak dan lain-lain yang komited menjayakan kursus ini.

YBhg Dato’ Dr Abdul Razak Kechik, Presiden BBM telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua jurulatih dan pelatih di akhir kursus.

Dato’ Dr Abdul Razak Kechik, Presiden BBM telah menyampaikan Sijil

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tim BBM Wilayah Persekutuan dan BBM Selangor yang sudi menjadi tuan rumah pada kursus kali ini.

Barisan Jurulatih BBM

Kursus selama 3 hari 2 malam ini yang bermula pada 6 Februari 2017 berjaya menghasilkan lebih ramai jurulatih terlatih yang akan berkhidmat di lapangan kelak.

SHARE ()

Rakan Kerjasama