Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Jom Qurban Bersama Briged Bakti Malaysia

Juraij Othman 6 bulan yang lalu

Qurban adalah satu ibadah penyembelihan ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT setelah disyariatkan pada tahun kedua hijrah melalui surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36.

Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).

Qurban Di Aceh

Tsunami yang melanda Aceh pada tahun 2004 memberikan kesan yang mendalam kepada penduduknya. Kehilangan ahli keluarga juga harta benda telah menyukarkan mereka untuk bangun seperti sebelumnya.

Hari demi hari, detik demi detik, penduduk Aceh memulakan langkah untuk membina kehidupan baharu yang harus memulakan semuanya dari awal.

Kunjungan ke Aceh sejurus selepas tragedi gempa bumi di Pidie Jaya, Aceh penghujung tahun 2016 memberikan satu inisiatif baru kepada Briged Bakti Malaysia menjalankan aktiviti Qurban di sana.

Ketidakmampuan mereka dalam menjalankan ibadah Qurban tersebut telah menyebabkan ada di antara sesetengah kawasan tidak menjalani ibadah Quban dan merasai daging Qurban tahun-tahun yang lepas.

2017 membuka satu peluang baru kepada kita merancang untuk mengadakan Program Ziarah dan Qurban di Gampung Nusa, Aceh, Indonesia.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada penduduk Gampung Nusa dan juga Komunitas Al Hayah, Gampung Nusa. Pelbagai aktiviti telah dirancang semasa Program Ziarah dan Qurban di Gampung Nusa nanti.

Antara aktiviti tersebut adalah:

1. Kenduri rakyat bersama penduduk kampung
2. Agihan sumbangan kepada warga emas
3. Agihan sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan
4. Aktiviti kebersihan dan kesihatan serta mewarna bersama kanak-kanak
5. Agihan daging Qurban

Dalam menjayakan aktiviti tersebut, pihak urusetia masih membuka ruang kepada individu yang berkeinginan untuk berkongsi rezeki menjalankan ibadah Qurban di Aceh dengan harganya RM 600 satu bahagian lembu.

Sumbangan

Peluang juga dibuka kepada individu yang ingin memberi infaq untuk di salurkan dan diguna bersama masyarakat penduduk di Aceh. Sumbangan boleh disalurkan ke :

Akaun Briged Bakti Bakti 555 108 312 411 (Maybank)

klik untuk sumbangan online : Klik sini
untuk rujukan kami tuliskan “JOM QURBAN”
(whatsapp kan resit transaksi ke 0194749957)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Cik Nathrah (0194749957) atau Haji Fazilah (0195719957).

SHARE ()

Rakan Kerjasama