Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

Briged Bakti Malaysia Bersama GRM Tabur Bakti di Pusat Tahfiz

Bridget Bakti Malaysia 2 tahun yang lalu

Hulu Selangor, 9 April 2016 – Beberapa orang aktivis Briged Bakti Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (BBMCWP) telah menyumbang bakti di Pusat Tahfiz Marfuzah, Ulu Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor.

Group Resepi dan Masakan KL (GRM) selaku penganjur utama program ini telah mengadakan pelbagai aktiviti amal di pusat ini, antaranya menaiktaraf pendawaian elektrik di bangunan asrama, mengajar kemahiran memasak termasuk membuat pelbagai jenis kuih-muih dan gotong-royong memasak untuk makan tengahari bersama penghuni pusat ini.

Adalah diharapkan silaturrahim dan senergi untuk bekerjasama antara GRM & BBM pada masa akan datang dapat ditingkatkan dalam melaksanakan pelbagai kerja amal.

SHARE ()

Rakan Kerjasama