Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

BBM Santuni Pesakit Di HKL

Bridget Bakti Malaysia 2 tahun yang lalu

Kuala Lumpur, 11 April 2016- Briged Bakti Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (BBMCWP) pada setiap hari Rabu dari jam 3.00 ptg hingga 5.00 ptg telah berganding bahu dengan Islamic Outreach ABIM (IOA) melaksanakan aktiviti Program Rakan Hospital atau Ziarah Hospital di Wad-wad yang ditetapkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL). Antara tumpuannya termasuk di Wad Neuro.

Aktiviti ziarah mingguan ini antara lain dipenuhi dengan aktiviti menyantuni pesakit dengan bertanya khabar dan menyampaikan buah tangan. Kepada pesakit Muslim pula, risalah ibadah dan panduan solat pesakit turut diedarkan.

Semoga Allah merahmati usaha para petugas dan memberi kekuatan kepada mereka agar dapat terus menjalankan aktiviti mingguan ini secara konsisten. Mudah-mudahan lebih ramai sukarelawan tampil menghulurkan bantuan bagi menampung kos aktiviti ini dan memberikan khidmat bakti menceriakan para pesakit.

SHARE ()

Rakan Kerjasama