Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

BBM Santuni Anak Yatim

Bridget Bakti Malaysia 2 tahun yang lalu

Kuantan, 10 April 2016 – Seramai 100 orang telah menyatakan rasa syukur dan beramah mesra dalam Majlis Kesyukuran di Rumah Anak Yatim Al-Insyirah, Sg Isap, Kuantan.

Program yang dianjurkan oleh BBM Pahang ini dengan kerjasama Rumah Anak Yatim Al-Insyirah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang merupakan sebahagian daripada kerja amal dan bagi meraikan para fasilitator BBM Pahang di mana para peserta yang terlibat adalah daripada UIAM, KUIPSAS, AJK dan staf BBM Pahang, anak-anak yatim serta beberapa jemputan lain.

Semoga hasrat bagi meraikan warga BBM dan anak yatim ini tercapai dan para sukarelawan tersebut makin bersemangat bagi melaksanakan pelbagai kerja amal lagi pada masa akan datang. Mudah-mudahan lebih ramai individu dan organisasi lain yang tampil mahu terlibat bersama BBM dalam pelbagai kegiatan amal kelak, antaranya melalui proses intima’ (penggabungan) dan kerjasama strategik.

SHARE ()

Rakan Kerjasama