Infak Bersama BBM

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” - Al-Baqarah: 195

SUMBANGAN IKHLAS

5 Perkara Asas Dalam Islam

Bridget Bakti Malaysia 1 tahun yang lalu

26 November 2016 – Bertempat di Kem Briged Bakti Malaysia (BBM) Gombak, Ustaz Hj. Zahari Abdul Latif selaku pembimbing telah berkongsi ilmu mengenai asas kehidupan dalam tazkirah subuh.

Menurut Ustaz Hj. Zahari Abdul Latif terdapat 5 perkara asas dalam Islam.

1) AQIDAH yang betul dan tepat mestilah menjadi pegangan hidup kita.

2) ILMU mesti dituntut dan sentiasa ditambah serta diamalkan dalam kehidupan ini. Ilmu itu dipelajari dan sebagai menyempurnakan kehidupan kita. Ilmu fardhu ain di peringkat individu manakala fardhu kifayah untuk kemasyarakatan dan kemanusiaan sejagat.

Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum: penuhi yang wajib dan pertingkatkan. Sebagai contoh, bukan sekadar melaksanakan solat wajib tetapi menyempurnakan solat itu iaitu dibuat dengan sebaik-baiknya. Dirikan dan perkukuhkan solat.

3) MUAMALAT iaitu berkaitan kerjaya dan perniagaan serta seumpamanya.

4) MUNAKAHAT iaitu ilmu yang berkaitan hal-hal perkahwinan dan kekeluargaan.

5) JINAYAH iaitu berkaitan hukum hakam dalam kehidupan yang melibatkan hal-hal kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan

SHARE ()

Rakan Kerjasama